Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan bidang ilmu lain
1.Bahan sastera
1.Bahan sastera
Video Seloka Pak Kaduk | ||
Langkah | Isi pelajaran | Catatan |
1 | Guru memberikan arahan seperti berikut: v Memahami lirik lagu dalam video, v Mencari perbezaan penyampaian seloka dengan lagu biasa | Memerlukan pengamatan pendengaran dan penglihatan. |
2 | Murid menonton video ‘Seloka Pak Kaduk’. | |
3 | Murid diminta menceritakan hasil pemerhatian mereka secara rawak berdasarkan arahan atau kehendak guru dalam langkah satu. | Melibatkan kemahiran bertutur. |
Catatan : Aktiviti ini sesuai untuk pelajar tahap 2 dan diaplikasikan pada langkah set induksi. |
2.Bahan tatabahasa
Lagu Bahasa Jiwa Bangsa | ||
Langkah | Isi pelajaran | Catatan |
1 | Guru mengedarkan borang ‘Jenis Golongan Kata’. | Rujuk lampiran 1 |
2 | Murid diminta mengenal pasti jenis golongan kata seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif daripada video yang ditayangkan seterusnya isi dalam borang yang diedarkan. | |
3 | Guru menayangkan video lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. | |
4 | Guru menyemak jawapan bersama murid. | |
Catatan: Alat menguji penguasaan pengetahuan golongan kata murid. |
3.Bahan Bidang Ilmu Lain
Video Mr.Bean | ||
Langkah | Isi pelajaran | Catatan |
1 | Pelajar diminta memerhatikan alat-alat mekanikal yang terdapat dalam video. | |
2 | Guru menayangkan video kartun ‘Mr.Bean’. | |
3 | Murid diminta menulis nama dan melukis alat-alat mekanikal yang diperhatikan dalam video pada kertas berpetak yang disediakan oleh guru. | Rujuk lampiran 2 |
Catatan: Aktiviti yang menggabungjalinkan pengetahuan Seni Visual dan bertujuan menguji penguasaan perbendaharaan kata pelajar. |
Lampiran 1
Jenis golongan kata | ||
Kata nama | Kata kerja | Kata adjektif |
1. | 1. | 1. |
2. | 2. | 2. |
3. | 3. | 3. |
4. | 4. | 4. |
Lampiran 2
Alat-alat Mekanikal | ||
Nama | 1. | 2. |
Lukisan |